Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML Atas

Cinta Sementara - The Truth


Lirik Lagu The Truth - Cinta Sementara



Aku musafir dunia
Berkelana bukan lama
Segala indahnya dunia telah ku amati
Pernah di persimpangan
Kabus menutupi jalan
Hingga mata tertawan pada jalan lain nan indah

Ibarat fatamorgana yang menipu mata
tapi ku mengerti yang palsu atau benar
Hanya kerana bodohnya aku ingin nikmatinya

KORUS:

bagaimana hati tak tergoda
dek cela terhias seri warna
kelabu mata
terpukau jiwa
lupa musafirku cuma sementara

sukar aku nafi dan menipu diri sendiri
dalihku seribu pada cinta hakiki
Hanya kerana bodohnya aku sangka Kau kasihi

biar timur-barat ku kembara
gunung lautan ku tempuh jua
tiada sempurna
angan dan cita
dalam mengejar cinta sementara

Tuhan saksikanlah usahaku mencari-Mu
Kerana kasih-Mu abadi awal dan akhir
Mekarlah selalu agar dapat aku singkir
Cinta selain-Mu sepenuhnya dari hati

Ooo..

Ooo..

bagaimana hati tak tergoda

Bagaimana hati tak tergoda
dek cela terhias seri warna
kelabu mata
terpukau jiwa
lupa musafirku cuma sementara

biar timur-barat ku kembara
gunung lautan ku tempuh jua
tiada sempurna
angan dan cita
dalam mengejar cinta sementara

Tiada sempurna
angan dan cita
Dalam mengejar cinta sementara
Lirik                 : Akmal Mustafa
Penerbit              : Akmal Mustafa & Ustaz Adnin
Muzik                 : Iris Tan & Ida Liew
Mixing & Mastering    : Amin Nordin
Arahan Muzik Video    : Aidil Azhar
TARBIAH SENTAP RECORDS